Saya berminat untuk mengkaji adat dan budaya kampungku sendiri iaitu Daerah Sepulut, Sabah. Memang rugi jika membiarkan adat dan budaya sendiri berlegar dalam kepala sendiri tanpa menulisnya sedangkan adan bekalan pengalaman selama 23 tahun sejak dilahirkan. Lagipun menulis budaya sendiri berdasarkan pengalaman sangat penting sebagai rujukan masyarakat lain di seluruh Malaysia. Pengalaman sendiri amat bermakna jika dibandingkan dengan pengkaji lain yang baru mengkaji sesuatu adat dan budaya masyarakat lain tanpa adanya asas pengalaman sejak kecil.